Tuesday 11 December 2012

Proses Pelaksanaan Program Pemulihan Khas

1. Pencalonan Murid:
    Pencalonan murid untuk mengikuti Program Pemulihan Khas boleh dilakukan oleh guru kelas,guru mata
    pelajaran,guru besar, dan ibu bapa atau penjaga.

   a) Guru Kelas:
          Boleh mencalonkan murid-murid mengikuti kelas berdasarkan pencapaian murid dalam kemahiran
          asas (menulis dan membaca),hasil kerja murid dalam kelas atau keputusan ujian yang diikuti seperti
          ujian bulanan,semester atau ujian setiap kemahiran.
    b) Guru Mata Pelajaran:
          Boleh mencadangkan berdasarkan pemerhatian dan pencapaian murid yang didapati semasa proses
          pengajaran dan pembelajaran.
   c) Guru Besar:
          Boleh mencadangkan murid-murid berdasarkan penelitian kad-kad laporan murid dan pemerhatian
          secara am sama ada di sekolah atau di luar sekolah.
    d) Ibu bapa atau penjaga:
          Boleh mencalonkan anak-anak mereka untuk mengikuti Program Pemulihan Khas berdasarkan
          masalah pembelajaran anak mereka.

2. Pengumpulan Maklumat:
    Maklumat peribadi dan prestasi murid akan dapat menolong guru pemulihan khas memahami murid yang
    dicalonkan.Ini membolehkan guru pemulihan khas membuat keputusan sama ada murid itu akan mengikuti
    program pemulihan khas atau sebaliknya. Daripada rekod peribadi,guru pemulihan khas dapat mengetahui
    tentang beberapa aspek penting seperti kesihatan dan taraf sosio-ekonomi murid.
 
    Sumber-sumber untuk mendapatkan maklumat:
     a) Guru Besar: berdasarkan rekod murid,pemerhatian dan perhubungan.
     b) Guru Kelas: boleh menambah maklumat dengan mengambil tahu berkenaan dengan kehadiran,ketepan
                             masa ke sekolah dan perhubungan dengan murid-murid lain.
    c) Ibu Bapa: boleh memberitahu tentang tingkah laku umum,kegemaran dan perkara-perkara yang tidak
                          digemari serta sikapnya terhadap pelajaran.Perbincangan dengan ibu bapa amat digalakkan
                          bagi membolehkan pelaksanaan Program Pemulihan Khas berjalan lancar.

3. Ujian Saringan:
    a) Ujian saringan ialah satu instrument pengukuran yang menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan
        dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas oleh murid secara individu.Ujian ini dapat mengesan
        murid-murid yang lemah dan memerlukan bantuan pemulihan khas.
    b) Ujian ini dijalankan oleh guru Pemulihan Khas pada awal bulan Januari (Tahun 2) menggunakan IPP2M
        (Bahasa Melayu) dan IKAM (Matematik).
    c) Sebelum wujud program LINUS(2010),murid-murid tahun 1 yang gagal ujian KIA2M pada bulan
        Oktober akan dimasukkan ke Program Pemulihan Khas pada tahun berikutnya (tahun 2). Walau
        bagaimanapun,murid-murid yang mendapat skor 0 hingga 9 akan dicadangkan ke Program Pendidikan
        Khas. Penempatan ke Program Pendidikan Khas hanya boleh di buat apabila ada pengesahan dari
        pegawai perubatan dan Jabatan Pelajaran Negeri.
    d) Bagi murid-murid tahun 2 dan 3,pencalonan hendaklah menjalani ujian saringan IPP2M yang dilakukan
        oleh Guru Pemulihan Khas.
 
4. Ujian Diagnostik:
    a) Ujian diagnostik adalah ujian terpenting dalam Program Pemulihan Khas. Ujian ini digunakan untuk
        membantu guru pemulihan khas mengesan kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh setiap murid.
    b) Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian tetapi untuk mengesan masalah-masalah
        yang dialami ketika belajar dan mengenalpasti punca kegagalan murid dalam menguasai sesuatu
        kemahiran.
    c) Keputusan analisis ujian diagnostik akan menunjukkan kelemahan dan kekuatan seseorang murid dalam
        menguasai sesuatu kemahiran.cara ini dapat membantu guru pemulihan khas mengenal pasti kumpulan
        tertentu mengikut kebolehan dan kesukaran yang dihadapi.
    d) Analisis keputusan ujian tersebut dapat membantu guru merancang sesuatu program pengajaran yang
        khusus kepada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.

5. Rancangan Pengajaran:
    Dua perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh seseorang guru pemulihan khas sebelum merancang
    pengajaran:
        a) Apa yang diketahui oleh muri sebelum P&P dimulakan.
        b) Apa yang perlu diketahui oleh murid selepas P&P dilakukan.

6. Penilaian:
    a) Dilakukan selepas P&P kepada murid.
    b) Diberi kepada murid yang dikenalpasti telah menguasai kemahiran yang diajar.
    c) Terdapat 2 kali penilaian Ujian Pencapaian. Pertama dilakukan pada bulan JUN.Sekiranya murid
        mencapai wajaran dalam penilaian tersebut,ia akan dikembalikan ke kelas biasa. Sementara jika ia
        gagal,P&P akan diteruskan untuk menduduki penilaian bulan OKTOBER.

7. Balik ke kelas biasa.(Kerja Susulan):
    a) Murid-murid yang telah dikenal pasti mencapai tahap wajaran,perlu dihantar segera balik ke kelas
        biasa.
    b) Penghantaran murid ini dilakuakn secara rasmi dengan mengisi borang khas yang perlu ditandatangani
        oleh guru besar atau guru penolong kanan.
    c) Guru Pemulihan Khas perlu memantau murid tersebut dari semasa ke semasa agar ia dapat terus
        mengekalkan prestasinya.Kerja-kerja ini disebut KERJA SUSULAN. Semua pertemuan sama ada
        dengan guru mata pelajaran atau murid yang dipantau perlu direkodkan sebagai rujukan.

*Pada tahun 2012, Program Pemulihan Khas Tahap satu telah diambil alih oleh Program LINUS. Program Pemulihan Khas tahap dua masih diteruskan seperti biasa. Jika ada murid tahun 3 yang gagal saringan  9 Program LINUS(gagal ke arus perdana),murid ini akan mengikuti Program Pemulihan Khas Tahap Dua (Tahun 4).

No comments:

Post a Comment