Tuesday 11 December 2012

Proses Pelaksanaan Program Pemulihan Khas

1. Pencalonan Murid:
    Pencalonan murid untuk mengikuti Program Pemulihan Khas boleh dilakukan oleh guru kelas,guru mata
    pelajaran,guru besar, dan ibu bapa atau penjaga.

   a) Guru Kelas:
          Boleh mencalonkan murid-murid mengikuti kelas berdasarkan pencapaian murid dalam kemahiran
          asas (menulis dan membaca),hasil kerja murid dalam kelas atau keputusan ujian yang diikuti seperti
          ujian bulanan,semester atau ujian setiap kemahiran.
    b) Guru Mata Pelajaran:
          Boleh mencadangkan berdasarkan pemerhatian dan pencapaian murid yang didapati semasa proses
          pengajaran dan pembelajaran.
   c) Guru Besar:
          Boleh mencadangkan murid-murid berdasarkan penelitian kad-kad laporan murid dan pemerhatian
          secara am sama ada di sekolah atau di luar sekolah.
    d) Ibu bapa atau penjaga:
          Boleh mencalonkan anak-anak mereka untuk mengikuti Program Pemulihan Khas berdasarkan
          masalah pembelajaran anak mereka.

2. Pengumpulan Maklumat:
    Maklumat peribadi dan prestasi murid akan dapat menolong guru pemulihan khas memahami murid yang
    dicalonkan.Ini membolehkan guru pemulihan khas membuat keputusan sama ada murid itu akan mengikuti
    program pemulihan khas atau sebaliknya. Daripada rekod peribadi,guru pemulihan khas dapat mengetahui
    tentang beberapa aspek penting seperti kesihatan dan taraf sosio-ekonomi murid.
 
    Sumber-sumber untuk mendapatkan maklumat:
     a) Guru Besar: berdasarkan rekod murid,pemerhatian dan perhubungan.
     b) Guru Kelas: boleh menambah maklumat dengan mengambil tahu berkenaan dengan kehadiran,ketepan
                             masa ke sekolah dan perhubungan dengan murid-murid lain.
    c) Ibu Bapa: boleh memberitahu tentang tingkah laku umum,kegemaran dan perkara-perkara yang tidak
                          digemari serta sikapnya terhadap pelajaran.Perbincangan dengan ibu bapa amat digalakkan
                          bagi membolehkan pelaksanaan Program Pemulihan Khas berjalan lancar.

3. Ujian Saringan:
    a) Ujian saringan ialah satu instrument pengukuran yang menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan
        dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas oleh murid secara individu.Ujian ini dapat mengesan
        murid-murid yang lemah dan memerlukan bantuan pemulihan khas.
    b) Ujian ini dijalankan oleh guru Pemulihan Khas pada awal bulan Januari (Tahun 2) menggunakan IPP2M
        (Bahasa Melayu) dan IKAM (Matematik).
    c) Sebelum wujud program LINUS(2010),murid-murid tahun 1 yang gagal ujian KIA2M pada bulan
        Oktober akan dimasukkan ke Program Pemulihan Khas pada tahun berikutnya (tahun 2). Walau
        bagaimanapun,murid-murid yang mendapat skor 0 hingga 9 akan dicadangkan ke Program Pendidikan
        Khas. Penempatan ke Program Pendidikan Khas hanya boleh di buat apabila ada pengesahan dari
        pegawai perubatan dan Jabatan Pelajaran Negeri.
    d) Bagi murid-murid tahun 2 dan 3,pencalonan hendaklah menjalani ujian saringan IPP2M yang dilakukan
        oleh Guru Pemulihan Khas.
 
4. Ujian Diagnostik:
    a) Ujian diagnostik adalah ujian terpenting dalam Program Pemulihan Khas. Ujian ini digunakan untuk
        membantu guru pemulihan khas mengesan kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh setiap murid.
    b) Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian tetapi untuk mengesan masalah-masalah
        yang dialami ketika belajar dan mengenalpasti punca kegagalan murid dalam menguasai sesuatu
        kemahiran.
    c) Keputusan analisis ujian diagnostik akan menunjukkan kelemahan dan kekuatan seseorang murid dalam
        menguasai sesuatu kemahiran.cara ini dapat membantu guru pemulihan khas mengenal pasti kumpulan
        tertentu mengikut kebolehan dan kesukaran yang dihadapi.
    d) Analisis keputusan ujian tersebut dapat membantu guru merancang sesuatu program pengajaran yang
        khusus kepada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.

5. Rancangan Pengajaran:
    Dua perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh seseorang guru pemulihan khas sebelum merancang
    pengajaran:
        a) Apa yang diketahui oleh muri sebelum P&P dimulakan.
        b) Apa yang perlu diketahui oleh murid selepas P&P dilakukan.

6. Penilaian:
    a) Dilakukan selepas P&P kepada murid.
    b) Diberi kepada murid yang dikenalpasti telah menguasai kemahiran yang diajar.
    c) Terdapat 2 kali penilaian Ujian Pencapaian. Pertama dilakukan pada bulan JUN.Sekiranya murid
        mencapai wajaran dalam penilaian tersebut,ia akan dikembalikan ke kelas biasa. Sementara jika ia
        gagal,P&P akan diteruskan untuk menduduki penilaian bulan OKTOBER.

7. Balik ke kelas biasa.(Kerja Susulan):
    a) Murid-murid yang telah dikenal pasti mencapai tahap wajaran,perlu dihantar segera balik ke kelas
        biasa.
    b) Penghantaran murid ini dilakuakn secara rasmi dengan mengisi borang khas yang perlu ditandatangani
        oleh guru besar atau guru penolong kanan.
    c) Guru Pemulihan Khas perlu memantau murid tersebut dari semasa ke semasa agar ia dapat terus
        mengekalkan prestasinya.Kerja-kerja ini disebut KERJA SUSULAN. Semua pertemuan sama ada
        dengan guru mata pelajaran atau murid yang dipantau perlu direkodkan sebagai rujukan.

*Pada tahun 2012, Program Pemulihan Khas Tahap satu telah diambil alih oleh Program LINUS. Program Pemulihan Khas tahap dua masih diteruskan seperti biasa. Jika ada murid tahun 3 yang gagal saringan  9 Program LINUS(gagal ke arus perdana),murid ini akan mengikuti Program Pemulihan Khas Tahap Dua (Tahun 4).

Konsep Pemulihan Khas

Pendidikan Pemulihan Khas adalah satu cabang pendidikan,khusus bagi mengatasi masalah kanak-kanak yang tercicir dan ketinggalan dalam pelajaran. Kanak-kanak ini berkemungkinan mempunyai kecerdasan tinggi,sederhana dan di bawah paras sederhana. Tidak termasuk kategori kanak-kanak yang terlalu lemah (mentally retarded).
 Kemahiran asas dalam program Pemulihan Khas ialah:
 1. Lisan
 2. Ejaan
 3. Bacaan
 4. Tulisan

Tuesday 4 December 2012

Contoh Rancangan Pelajaran Harian Kelas LINUS Tegar.

Mata Pelajaran: Bahasa Malaysia (LINUS Tegar) Kelas : Tahun 1M&K Masa : 8.30-9.30 pagi Standard Pengajaran: Unit 1&2 (Asas literasi Tahun 1 / buku 1) Konstruk : 1,2,3, Kemahiran : abjad kecil & besar,vokal,KV. Objektif Pengajaran: 1. Murid dapat menyebut abjad kecil dari a hingga e dengan betul. 2. Murid dapat menyebut abjad besar dari A hingga E dengan betul. 3. Murid dapat menyalin abjad kecil dan besar dengan betul Aktiviti Pengajaran: 1. (Mengenal benda maujud).Murid menyebut benda maujud yang ditunjukan. 2. Murid mengambil benda maujud yang disebut oleh guru kemudian bertukar-tukar benda maujud yang diperolehi dengan rakan- rakan. 3. Murid membaca abjad kecil dan besar berpandukan slaid dengan bimbingan guru secara kelas dan individu. 4. Murid mengambil kad abjad kecil dan besar yang disebut oleh guru kemudian sebut. 5. Murid mengambil kad abjad kecil dan besar di dalam kotak secara rawak secara individu kemudian sebut dan susun mengikut urutan dengan bimbingan guru. 6. Murid menyebut dan membunyikan huruf vokal berpandukan slaid secara kelas dan individu dengan bimbingan guru. 7. Murid memadankan abjad kecil dengan abjad besar berpandukan carta abjad dan bimbingan guru. 8. Murid menyalin dan mewarna abjad kecil dan besar yang disenaraikan. Bahan bantu mengajar: Benda maujud(pensel,pemadam,pembaris,pen),kad abjad kecil dan besar, komputer & LCD, lembaran kerja, buku modul. Penilaian Pengajaran & Pembelajaran :menyebut abjad kecil & besar,memadankan abjad kecil dengan abjad besar,menyalin dan mewarna abjad kecil dan besar, membunyikan huruf vokal. Nilai Murni : rajin Refleksi Pengajaran :-3 daripada 6 orang murid dapat menyebut abjad kecil dan besar dari a hingga e dengan kadar sederhana. -1 daripada 6 orang murid dapat menyebut abjad kecil dari a hingga e dengan baik. -100%(6 orang) dapat menyalin dan mewarna abjad kecil dan besar dengan baik.

Huraian Konstruk (Literasi membaca & menulis) Program LINUS.

Konstruk 1:  Keupayaan menamakan & menulis huruf vokal dan konsonan.
                      ( Contoh: a,e,i,o,u,b,c,d,f ,dll.).
Konstruk 2: Keupayaan membunyikan & membaca suku kata terbuka. 
                 ( Contoh: sa,bu,ca dll.).
Konstruk 3: Keupayaan membaca & menulis perkataan suku kata terbuka. 
                 ( contoh: paya,buku,bulu,petola,kereta, dll.).
Konstruk 4: Keupayaan membunyikan & menulis suku kata tertutup. 
                 (contoh: pan,dol,kon, dll.).
Konstruk 5: Keupayaan membaca & menulis perkataan suku kata tertutup. 
                 ( contoh:  ikat,ulas,kantin,talam, dll.).
Konstruk 6: Keupayaan membaca & menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup            
                 'ng'.
                 ( contoh: arang,kompang,longgok, dll.).
Konstruk 7: Keupayaan membaca & menulis perkataan yang mengandungi diftong. 
                 ( contoh: garau,kilau,pandai,dll.).
Konstruk 8: Keupayaan membaca & menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
                  ( contoh: kait,maaf,kuat,niat, dll.).
Konstruk 9: Keupayaan membaca & menulis perkataan yang mengandungi diagraf dan  
                 konsonan bergabung.
                  ( contoh: klinik,troli,stadium,nyaring,dll.).
Konstruk 10: Keupayaan membaca & menulis perkataan berimbuhan awalan dan akhiran.
                   ( contoh: terlupa,bersenam,membantu,layanan, dll.).
Konstruk 11: Keupayaan membaca & menulis ayat mudah.
                   ( contoh: Emak rebus jagung. Saya ada kakak. dll.).
Konstruk 12: Keupayaan membaca dan memahami bahan rangsangan.
                   ( contoh: Membaca petikan dan kemudian menjawab soalan secara lisan dan  
                     tulisan yang dikemukakan berdasarkan petikan yang telah dibaca.).

Penetapan Murid ke Program LINUS atau Arus Perdana.

1. Penguasaan konstruk dalam kedua-dua literasi membaca dan menulis diambil kira bagi menentukan
    sama ada murid memasuki Program LINUS atau Arus Perdana.

2. Murid yang memasuki Program LINUS:
                     - Murid yang tidak menguasai mana-mana konstruk 1 hingga 8.

3. Murid yang memasuki Arus Perdana:
                     - Murid yang menguasai konstruk 1 hingga 8.

Manual Pentadbiran Instrument Program LINUS.

Kaedah Pentadbiran:
1. Prosedur pentadbiran instrument
2. Penggunaan manual.
3.Tatacara pengisian borang pelaporan penguasaan individu (BPPI)
4. Penetapan murid ke Program LINUS atau Arus Perdana.

Pentadbiran Instrument:
1. Konstruk ( 12 konstruk)
2. Arahan guru
3. Tindakan murid.

Strategi Untuk Mencapai Sasaran Program LINUS.

Bagi mencapai sasaran ini,kami telah membangunkan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) bagi memastikan murid memperolehi kemahiran asas literasi dan numerasi. Tumpuannya adalah kepada usaha utama bagi meningkatkan tahap literasi dan numerasi murid  dan dihuraikan seperti di bawah:

* Proses Saringan: Saringan dijalankan 3 kali setahun iaitu pada bulan Mac,Jun dan September bagi membantu mengenal pasti murid yang tidak mencapai standard yang berkaitan. Murid tersebut akan mengikuti Program LINUS atau Program Pendidikan Khas.

* Modul pengajaran dan pembelajaran: Modul ini berasaskan beberapa konsep untuk membolehkan murid menguasai literasi dan numerasi. Konsep yang diambil kira ialah pendekatan literasi dan numerasi secara bersepadu,ansur maju,didik hibur,penggabungjalinan dan pengulangan. Modul ini memuatkan beberapa maklumat berhubung dengan senarai kemahiran yang perlu diajar serta cadangan aktiviti dan latihan.

* Pengukuhan Amalan Pedagogi  : Menyedari kekurangan guru pakar dalam bidang pengajaran asas literasi dan numerasi latihan guru secara intensif dilaksanakan bagi mengukuhkan ilmu pengetahuan dan pedagogi serta mengenal pasti murid pelbagai kebolehan dan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

* Membina komitmen bagi semua pihak berkepentingan : Program dan aktiviti kesedaran akan dianjurkan diperingkat Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Guru Besar, ibu bapa, Persatuan Guru dan orang ramai bagi mendapatkan sokongan dan memenuhi peranan masing-masing dalam menjayakan program LINUS.

* Memantau dan menyelia : Pemantauan dan penyeliaan secara intensif akan membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerad dan sekolah untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan seterusnya melakukan proses penambahbaikan.

* FasiLINUS di peringkat Daerah : Merupakan Pegawai FasiLINUS yabg diberi tanggungjawab untuk membantu guru literasidan numerasi di sekolah dan ditempatkan di Pejabat Pelajaran Daerah. Selain melatih dan membimbing guru-guru LINUS, mereka akan membantu sekolah membangunkan strategi yang bersesuaian berdasarkan keputusan saringan untuk menangani isu khususnya terhadap literasi dan numerasi. Mereka turut berperanan sebagai pengantara kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah-sekolah dibawah seliaannya.

Peranan Pentadbir Sekolah Tentang Program LINUS.

1. Mengenal pasti dan menentukan guru LINUS.
2. Membentuk dan melantik Jawatankuasa kerja LINUS di sekolah.
3. Menyediakan fail-fail pengurusan LINUS.
4. Membuat perancangan tahunan.
5. Memastikan saringan LINUS dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.
6. Memastikan dan mengesahkan data penguasaan murid/keputusan setiap saringan dimasukan ke dalam
    portal NKRA mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
7. Memantau pelaksanaan program LINUS dan menjalankan tindakan susulan untuk penambahbaikan.
8. Memberi motivasi kepada guru LINUS dan guru Pemulihan Khas.
9. Memastikan guru LINUS dan guru Pemulihan Khas menggunakan modul LINUS yang dibekalkan oleh
    KPM.
10.Bekerjasama dengan ibu bapa dan PIBG dalam memberi kesedaran,maklumat dan kepentingan program
     LINUS.
11.Mencerap pelaksanaan p&p guru LINUS dan Pemulihan Khas.

Monday 3 December 2012

Mentakrifkan Asas Literasi dan Numerasi.

Literasi ditakrif sebagai keupayaan membaca,menulis dan memahami perkataan dan ayat yang mudah dan kompleks dalam Bahasa Malaysia dan mengaplikasikan pe.ngetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian

Numerasi ditakrif sebagai keupayaan membaca,menulis,mengira dan menyusun nombor sehingga 1000,menjadi cekap dalam operasi matematik seperti menambah,menolak,mendarab dan membahagi dan dapat mengaplikasikannya dalam operasi wang,masa, dan ukuran panjang.

Kemahiran Asas Literasi Program LINUS.

Tahun 1:
Boleh membaca,menulis,dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.

Tahun 2:
Boleh membaca , menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.

Tahun 3:
Boleh membaca,menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi
dalam satu perenggan.

Konsep Modul Literasi Program LINUS

Terdapat 5 konsep dalam modul pengajaran leterasi.
     1. Konsep unsur maju.
     2. Konsep penggabungjalinan.
     3. konsep pengulangan.
     4. Konsep didik hibur
     5. Konsep literasi bersepadu.

Peranan Guru Pemulihan Khas.

1. Melaksanakan saringan lisan dan bertulis dalam tempoh yang ditetapkan bersama-sama guru LINUS.
2. Membantu guru LINUS dalam menyediakan media pengajaran.
3. Merancang jadual waktu dan aktiviti untuk murid LINUS Tegar dan murid pemulihan.
4. Mengjar murid LINUS Tegar.
5. Menjadi ahli jawatankuasa program LINUS di sekolah.

Definisi dan matlamat LINUS

LINUS bermaksud "Literacy & Numeracy Screening" (Literacy = bacaan/huruf manakala Numeracy = kiraan/nombor.

 Literasi didefinisikan sebagai keupayaan untuk membaca,menulis dan memahami perkataan,ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung serta mengaplikasi pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.

 Matlamat Program LINUS: Adalah untuk memastikan semua murid yang mengikuti program LINUS berkeupayaan untuk menguasai leterasi dalam bahasa Melayu dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti program LINUS.